Tips untuk Page baru sebelum run Facebook Ads

Sebelum buat FB Ads, seboleh-bolehnya 3 benda ni kita kena buat supaya orang yang masuk page kita yakin untuk beli, lawat kedai, atau set appoinment bisnes dengan kita.
.
.
1) Letak Profile Picture dan Timeline Cover yang boleh menyakinkan pengguna fb untuk berurusan dengan kita.

Profile Picture ni kena ikut jenis bisnes juga. Kadang2 sesuai guna gambar produk, kadang2 sesuai guna logo, kadang2 sesuai letak muka sendiri.
.
.
2) Update la dalam 4-5 posting yang mampu yakinkan pengguna fb yang lawat page kita bahawa bisnes kita mampu menyelesaikan masalah mereka.

Utk kedai makan -> orang ada masalah nak cuba benda baru, jadi boleh update gambar menu rare, cara masakan, kelebihan menu, proses pembuatan menu, gambar customer tengah makan, dan macam-macam lagi

Utk produk kesihatan -> orang nak penyakit depa sembuh.. jadi update lah fakta, testimoni, cara penggunaan produk, infografik kesihatan, gambar produk dah masuk paper, dan macam-macam lagi
.
.
3) Paling penting, sediakan satu posting khas untuk kita fbads kan.. Posting ni kena paling mengancam dari segi ayat iklan dan pemilihan gambar.
.
.
Dah siap semua..
Boleh la tekan la butang BOOST dekat page tu 
.
.
Bila guna boost, pengguna fb yang bukan friend kita pun akan nampak iklan kita. Mereka semua tu tak kenal kita.

We are stranger to them..

Fb page kita akan jadi 1st impression kepada mereka.. kalau 1st impression ke laut, ke laut la jawabnya iklan kita.

Sebab tu la kena setup page betul2, supaya mereka yang tak kenal kita masih yakin untuk berurusan dengan kita.
.
.
Kena kumpul likers dulu ke sebelum run ads?

Bergantung..

kadang-kadang perlu. Kadang-kadang tak kumpul likers pun ada je sale. Dari pengalaman saya, biasanya kena kumpul likers dulu kalau kita masuk niche yang banyak persaingan.
.
.
Boleh SHARE kalau rasa bermanfaat 

Najmi Adnan
 

>