AD Library: Asas FB Marketing #2

Ad Libary tu apa? Haaa, ini adalah satu alat yang semua orang yang baru belajar dan pengamal digital marketing khususnya di Facebook perlu ambil tahu.

Alat ni punya la hebat, kalau kepala kita blank, blurr, tak boleh go. Alat ni boleh bantu kita dapatkan inspirasi untuk menulis iklan.

Alat ni boleh membantu kita belajar buat copywriting tanpa perlu search copywriting satu demi satu dengan fungsi butang search Facebook.

Alat ni juga boleh membantu anda untuk belajar copywriting dengan tengok copywriting sebenar secara sah. Tak perlu belek-belek Facebook Page company lain atau page orang dengan cara yang tidak sah semata-mata untuk baca copywriting. Takut kantoi, nanti jadi masalah.

Ad Library ni menatang apa? Ads Library ialah satu alat yang disediakan oleh Facebook sendiri yang membolehkan pengguna untuk tengok a.k.a “spy” iklan advertiser lain.

Sebagai contoh, anda buat perniagaan hidangan pencuci mulut high class dan anda nak tahu macam mana rakan-rakan seindustri dan pesaing buat iklan di FB dan Insta. Kalau nak cari iklan aktif secara manual memang susah sikit. Tapi kalau guna Ad Libary, lebih jimat masa dan efisyen.

Sebagai contoh untuk artikel ini, saya gunakan page Taiping Zone yang banyak menjalankan iklan perniagaan tempatan.

Pertama sekali, anda perlu kenal pasti siapa yang anda perlu tengok, berikut adalah page-page yang anda boleh tengok:

a. Page pesaing langsung & tidak langsung

b. Page perniagaan kluster industri anda

c. Rakan seindustri, pembekal, agen, dropshiper dan pihak lain yang berkaitan.

Bila anda dah kenal pasti siapa nak di tengok, boleh terus masukan nama page atau nama perniagaan atau produk/service yang anda jalankan.

Jangan lupa tekan All Ads tau. Kalau tak tekan, tak jadi.

Disini kita boleh lihat semua iklan Taiping Zone yang tengah run di FB dan Insta lepas search nama page Taiping Zone

Cuba tengok gambar dibawah. Ada 9 Result, bermakna, 9 ads/iklan sedang berjalan. Tengok pulak kolum active titik hijau tu. Ada lambang FB, Insta dan Messenger.

Lambang-lambang tu, menunjukan kat mana placement ads tu. Maksud placement ialah di mana ads itu ditayang. Dalam kes Sabun Do’Zee, orang nampak iklan di Insta, Messenger dan Facebook. Cuba tengok betul2. Kalau tak jumpa, tengok lagi betul2. Saya nak bantu mata anda jadi tajam.

Kalau nak buat Facebook Marketing, mata kena tajam tau. Kalau tak tajam, susah nak buat iklan sebab tak nampak butang-butang dan tanda-tanda yang penting.

Jadi, apa maklumat yang anda boleh cari melalui Ads Library ini?

  • Maklumat asas iklan seperti platform yang iklan itu di post, contohnya kat sini banyak iklan run dekat Facebook. 
  • Berapa banyak iklan yang sedang run oleh advertiser dan ayat-ayat iklan yang mereka tulis.

Ada banyak sangat benda yang kita boleh belajar dengan tengok iklan advertiser lain. Cuba anda tenung page ads library ni lama sikit, dan fikir, “Apa yang ada pada copywriting orang lain yang aku tak ada?”

Jika anda tenung mana-mana copywriting dan fikir, saya pasti anda akan dapat banyak sangat maklumat yang akan bantu anda berjaya.

Saya bagi clue, gunakan teknik reverse engineering semasa tenung iklan dan copywriting.

“Apakah pain yang di highlight?”

Apakah customer segment dalam CW ini?”

“CW ni Hardsell ke Softsell?”

Saya percaya, kalau anda boleh reverse engineer CW orang, lagi senang nak belajar tulis CW. Oleh itu, cubalah belek-belek Ads rakan-rakan seindustri. Saya pasti, jika anda tenung CW lain lama-laman, pasti lagi senang mahir dalam menulis CW.

Artikel ini di tulis oleh: Ahmad Faiz, Junior Copywriter Adspro

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *