Adab Facebook Marketing: Asas Facebook Marketing #1

Assalamualaikum semua, saya Bello, Junior Copywriter Adspro. Hari ni dalam siri asas Facebook Marketing. Marilah kita mula dengan belajar adab pemasaran Fb. Artikel khusus ini 100% pandangan saya.

Sebelum kita terus buat copywriting dan tembak iklan kita ke semua tempat. Beringatlah yang bukan kita sorang je buat iklan, ramai lagi pesaing dan peniaga-peniaga seindustri buat ads di Facebook. Maka, kita kenalah jaga hubungan dan perasaan pelanggan, prospek, pesaing serta rakan seindustri.

Menyebarkan copywriting kita ke serata alam siber adalah benda yang sangat biasa. Terutama sekali untuk mereka yang buat zero cost marketing.

Tapi, saya ada perasan satu amalan yang saya rasa agak “tak patut” dalam usaha menyebarkan copywriting iaitu selit iklan kita dekat post iklan/ads orang lain.

Pada saya, agak “tak patut” buat macam ni sebabnya orang lain buat iklan, ada yang habiskan ribuan wang ringgit dan tenaga kreativiti. 

Bila anda, tiba-tiba selit iklan anda pada iklan produk orang. 

Pada saya agak “tak patut”, umpama masuk rumah orang tanpa dijemput.  Bayangkan perasaan tuan punya ads. Penat-penat belajar copywriting, susah-susah kumpul duit nak pasang FB Ads, lepas tu upah pulak syarikat digital marketing untuk tulis CW dan run fb ads.

Lepas post iklan, tiba-tiba awak masuk kat post saya & selit iklan awak dengan harapan orang nampak dan beli produk dari anda.

Pada pendapat saya, perbuatan ini bukan saja “tak patut”, tapi juga mengacau iklan. Bila prospek nak baca komen dan asyik nampak iklan selit. Prospek boleh je berhenti baca sebab dia annoying baca iklan selit banyak sangat. Prospek nak baca respon pelanggan lain, bukan iklan orang lain.

Patutnya boleh dapat lead, tapi sebab ada iklan selit, mungkin tak dapat leads. Lepas tu kacau pulak statistic iklan tu. Bila bukak Business Manager. Tengok engagement tu senyum je sebab banyak.

Bila cek, rupanya banyak orang selit iklan, orang yang komen betul-betul ada tapi tak pasal-pasal kacau data. Padahal kita semua tahu, yang data engagement post pun penting jugak.

Takan nak hide banyak-banyak iklan selit kot? Bukannya boleh tengok Facebook sepanjang masa.

Tidak salah kalau nak selit iklan, tapi pastikan tuan punya iklan memang tak kisah lah. Sebabnya tak ada tuan iklan yang buat iklan supaya orang selit iklan. Melainkan master dropship/agen atau founder produk yang suruh.

Saya pernah buat satu copywriting (CW) untuk seorang ibu dropshiper produk wangian. Selepas buat CW dan post, tiba-tiba ramai dropshiper/agen lain masuk post tu, selit iklan sampai berbelas-belas komen. Prospek ada komen, tapi komen tu tenggelam.

Agen tu dah keluar duit tau, RM***, dah la baru je jadi ibu dropship, harapan tinggi tau spent duit dekat iklan. Saya pasti, anda yang boost RM10 iklan sendiri pun harapan tinggi kan?

Tapi musnah harapan bila agen/dropshiper lain masuk post dan selit iklan berlambak-lambak. 

Adakah client saya tu akan gembira sebab dapat membantu agen lain yang dia sendiri tidak kenal?

Akhir kata, marilah kita buat iklan secara beretika, fikirlah dan ambil kisah tentang perasaan orang lain yang buat ads. Bersainglah secara sihat dan jangalah kita sailang orang.

Artikel ini di tulis oleh: Ahmad Faiz, Junior Copywriter Adspro

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *