Strategi FB Marketing

Tanggal 1 September 2016…
Pertama kali dalam sejarah Taiping..
soft-launching kafe sampai bersusun beratoq.
Rasanya lebih 500m gak la line.

 
Untuk launching ni, kafe takde pasang bunting atau banner pun.
Memang totally dari Facebook. Last minute punya preparation.
Nasib baik menjadi.

.
.
Apa yang orang Taiping nampak:
=======================
1. Ada iklan promosi keluar di newsfeed FB mereka
 
.
 
Apa yang ramai tak nampak
=====================
2. Macam mana saya rangka ayat iklan dan gambar untuk wujudkan persepsi dan buatkan orang rasa tertarik nak datang
 
3. Bagaimana function event digunakan sebaiknya utk buatkan participant rasa ternanti-nanti (boleh rujuk posting semalam)
 
4. Paling penting.. kena pandai main retargetting.. kena pastikan orang yang sama nampak promosi ini paling kurang 2 kali. Pada kali pertama, sekadar untuk awareness (yang ni guna boost post biasa cukup dah).
 
5. Pada kali kedua.. kena retarget orang yang sama 3 jam sebelum event dan guna fungsi Accelerated pada FB Ads untuk pastikan bajet fb ads dihabiskan dalam masa yang singkat.
 
6. Untuk wujudkan efek beratur, beberapa orang pertama akan dapat special offer. Hasilnya, setengah jam sebelum launching pun dah ada orang beratur.
 
Boleh share kalau rasa bermanfaat.
.
.
– Najmi Adnan
“Empower Small Business Owner”