KELAS ASAS FACEBOOK ADS TAIPING
Kelas kumpulan kecil 3-4 orang setiap sesi. Diadakan pada setiap hari Khamis.
Kelas yang fokus 100% kepada asas Facebook Ads menggunakan Ads Manager, agar anda tidak ditipu bila upah orang atau pening buat ads sendiri.
Khas untuk usahawan Start-up, Mikro-e atau untuk staff marketing anda!

STOP BUANG MASA BELAJAR FREE MARKETING!
Usahawan sebenarnya tak perlu belajar Free Marketing. Sepatutnya belajar terus Asas Facebook Ads, sebab asas Facebook Ads tu akan digunakan dalam Free Marketing. Tapi ramai yang belajar terbalik.
Kalau anda keluar duit belajar Free Marketing, esok lusa, bila anda nak buat Facebook Ads, anda kena keluarkan lagi sekali wang dan masa untuk belajar benda yang sama.
Sebabnya, kelas Free Marketing tak diajar macam mana nak buat FB Ads. Kalau anda belajar Asas FB Ads, terus boleh buat free marketing. Kalau tak percaya, rujuk jadual dibawah:

APA YANG ANDA AKAN BELAJAR?
Copywriting USP
Manusia dah lali dengan iklan. Sekali kilas dah cukup untuk buatkan orang skip iklan anda.
Selama ni rupanya bukan orang tak minat dengan produk anda, rupanya orang tak baca pun iklan anda. Sebabnya ayat dan gambar terlampau iklan.
Dalam kelas ini, kami akan ajar macam mana nak tulis copywriting yang orang akan baca. Pemilihan gambar pun penting juga.
Hanya satu kilas pandangan sudah cukup untuk buat orang skip iklan anda. Gambar yang nampak iklan akan buat orang tak pandang iklan anda.
Kami akan bantu anda untuk pilih gambar yang hidup. Gambar hidup ni, upah designer pun tak akan jadi. Kena belajar dari orang yang spesifik kerja buat iklan Facebook.
Operasi Ads Manager
Kalau anda cuba boost post dah nampak hasil, kalau guna Ads Manager mesti hasil berganda.
Ads Manager ni, satu sistem khas yang digunakan untuk menjalankan Facebook Ads. Boost post dicipta oleh Facebook untuk usahawan saja test boost iklan.
Dalam kelas ini, kami akan ajar macam mana nak mengoperasikan Ads Manager, lepas ni, anda akan setup iklan level industry.
Cara Bayar FB Ads
TERHAD KEPADA 4 PERSERTA SETIAP KELAS!
Efisyen adalah #1
Lebih sikit perserta, lebih efisyen proses pemindahan ilmu. Peserta pun tak malu nak bertanya banyak.
Kami pun lebih senang nak fokus kepada anda seorang bila peserta tak ramai.
Kami dapati, kalau kurang peserta, peserta berlipat kali ganda lebih senang nak faham dan serap ilmu yang kami turunkan.
PKP/PKPB/PKPP
Kita memang tak boleh elak dari PKP, jadi, kami buat kelas terhad kepada 3 peserta supaya tak kiralah bila pun, anda sentiasa boleh datang ke kelas kami.
Kelas 3-4 Jam
Kelas Asas Facebook Ads makan masa 3 jam untuk disempurnakan. Lagi 1 jam, khas untuk sesi soal jawab dan amali praktikal untuk memantapkan lagi ilmu yang anda baru dapat.
Kalau nak terus cuba setting iklan sebenar dengan kami pun boleh. Alang-alang mencelup pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.
Tarikh – tarikh yang available seperti di bawah :
- 10 March 2021
- 17 March 2021
-
24 March 2021
-
31 March 2021