Specifikasi peranti untuk buat Facebook Ads dengan lancar

Ramai orang kata, buat Facebook Ads ni senang. Tapi kalau buat Facebook Ads secara hardcore, spesifikasi peranti mestilah mencukupi untuk menampung beban kerja Facebook Ads.

Facebook Ads memerlukan kuasa pemerosesan komputer yang tinggi kerana:

  • Perlu bukak banyak tab google chorme serentak
  • Perlu bukak microsoft office sambil buat Facebook Ads
  • Perlu transfer data dengan pantas

Hari ni, saya akan cadangkan spesifikasi peranti yang sesuai untuk buat Facebook Ads dengan lancar sekali.

1. Skrin komputer/laptop pendua

Kalau nak mudah buat Facebook Ads, saya cadang pakailah 2 screen dan guna setting duplicate. Maknanya, anda ada 2 skrin yang digabung menjadi satu. Skrin pendua sangat membantu anda untuk membuat Facebook Ads sambil anda merujuk maklumat lain. Paling banyak membantu kalau anda nak salin setting Campaign & ad set lama kepada Adset baru.

2. SSD

SSD untuk komputer atau laptop wajib ada untuk buat Facebook Ads. Disebabkan Facebook Ads dibuat di browser, jadi, amat penting untuk operating sistem anda di install di SSD agar window anda boleh boot di SSD. SSD akan melajukan laptop/komputer anda tanpa perlu upgrade RAM atau processor. Rugi kalau beli laptop mahal-mahal semata-mata nak buat Facebook Ads kalau boleh tukar SSD

3. Smartphone spec laju

Smartphone wajib laju. Smartphone yang laju akan mudahkan anda transfer media dan berkomunikasi dengan orang lain. Smartphone yang laju juga akan jamin yang anda boleh pakai Facebook App, Business Suite dan Adsmanager dengan lancar. Kalau Facebook pun pakai Facebook lite, payah lah nak pakai app lain.

4. Wifi laju

Wifi laju akan membantu anda untuk buat kerja dengan laju. Proses upload video/gambar akan lebih lancar. Kalau anda macam saya, terpaksa pakai streamyx, nak upload gambar/video memang seksa sebab speed upload 0.5mbps. Speed yang lembab juga akan menyebabkan adsmanager anda lambat loading.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *