girl, smartphone, social media-5717067.jpg

Cost Per Result Mahal VS Murah mana yang lagi bagus?

Hai, hari ni saya nak kongsikan sikit berkenaan topik cost per result. Topik cost per result ni, lain orang lain caranya. Mungkin apa yang saya kata akan bercanggah dengan kaedah orang lain. Jadi, amat penting untuk kita sentiasa test kenyataan mana yang sesuai untuk business kita. Berkenaan test tu, kita akan bincang lain kali, hari ni saya nak kongsikan kaedah saya menilai cost per result.

Pada amalan saya. Perkataan yang mana bagus tu, tak boleh diletakan pada mahal atau murah semata-mata. Berdasarkan pengalaman saya. CPR mahal tak semestinya tak bagus & CPR murah tak semestinya bagus tapi boleh jadi mahal tu bagus dan murah tu bagus.

Secara ringkasnya, saya akan menilain keberkesanan iklan itu untuk convert dari leads kepada sales, contoh, kalau dapat 100 leads, tapi 10 orang sahaja yang beli, maka saya akan kata, kadar convert hanya 10%.

Jadi, jika CPR itu mahal yang munasabah tapi kadar convertnya tinggi, bila dibandingkan dengan CPR yang murah tapi kadar convertnya jauh lebih kecil. Saya akan kata CPR mahal itulah yang bagus. Iklan yang CPRnya murah, banyak leads tapi susah nak convert ni, saya rasa ianya tak bagus sebab:

  • Leads banyak memerlukan tenaga pengendalian leads yang banyak, jika banyak leads masuk tapi susah nak close sale, maka buang masa team sale teruk-teruk layan dan follow up leads yang ada. Lagi letih kalau team sale buat database tapi databasenya leads yang tak berkualiti
  • Leads yang murah tapi susah convert juga menandakan ada yang tak kena pada iklan
  • Tujuan asal kita buat iklan adalah untuk close sale, kalau leads banyak, tapi tak close sale, maka sia-sia lah tenaga kita buat iklan

Jadi, jika anda tanya saya, macam mana nak rendahkan CPR, saya sarankan, untuk anda kekal dengan 1 bajet fb ads bulanan dan run iklan bajet harian dengan jumlah yang tetap. Jika leads tak berkualiti, adjust iklan sampai kadar convert meningkat. Kalau nak CPR murah, senang je, anda setting target secara umum, CPR anda mesti rendah tapi kualiti leads belum tentu bagus.

Sekian

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *