fbpx

Kenapa kita buat iklan guna Facebook Ads?

Soalan ni, kalau saya tanya, jawapan yang lazim saya dapat ialah “Nak banyak sale” “Sebab tak nak buat iklan secara tradisional” ataupun “Sebab ramai orang pakai Facebook”

Sebenarnya, tak salah sebab-sebab di atas & terbukti pakai Facebook ads ni banyak kelebihannya. Jadi hari ni saya nak kongsi sebab kenapa saya buat iklan Facebook Ads & kenapa saya pilih untuk menjadi penyedia perkhidmatan pembuatan iklan Facebook Ads.

Sebab utama saya buat Facebook Ads ialah saya tak mahu buat kerja-kerja post iklan di media sosial secara free marketing. Maksudnya, post iklan secara manual di group-group di Facebook dan platform lain.

Saya tak rasa buat free marketing ni berbaloi untuk saya, tapi tak dinafikan free marketing pun ada kelebihan sendiri. Cuma saya tak mampu nak fokus lama-lama depan skrin post iklan di merata-rata satu per satu.

Jadi, saya pun gunalah Facebook Ads. Bila pakai Facebook Ads, saya tak perlu lagi susah-susah post iklan di merata-rata tempat secara manual sebab saya bayar Facebook untuk paparkan iklan secara separa-paksa kepada pengguna Facebook. Pengguna Facebook kalau tak suka dengan iklan saya, boleh hide iklan saya. Tapi, kebanyakan orang tak akan hide iklan saya. Kalau tak suka mereka akan scroll.

Bila saya dah tak perlu nak luangkan masa saya buat “Free marketing” saya boleh fokus kepada fungsi-fungsi perniagaan saya yang lain. Sebab itulah ramai client melanggan perkhidmatan Adspro. Mereka nak fokuskan tenaga mereka pada fungsi-fungsi perniagaan yang lain. Susah kalau client saya nak buat sendiri Facebook Ads, jadi mereka outsource Adspro Solution.

Jadi itulah sebab utama saya pakai Facebook Ads untuk perniagaan saya dan client-client saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top