Kaedah Scam Facebook Page Orang

Hai semua, hari ni saya nak kongsikan pengalaman scamer cuba scam Facebook Page perniagaan seliaan saya.

Pada 25 May lepas. Tengah saya main game. Tiba-tiba masuk notification yang mengatakan page saya dikesan buat aktiviti yang melanggar violation Facebook dan akan dinyahaktif kalau saya tak verify.

Saya pun apa lagi, menggelabah la sebab keluar nama page client saya yang aktif buat iklan. Tambah pulak Ads Manager page tu kena deactivate sebelum ni.

Sebahagian screenshot notification yang saya terima

Bila saya tekan notification tu, ada diberikan sebuah link untuk “verify” page Facebook. Sah-sah scam, sebab Facebook tak perlu pun suroh kita isi borang kalau langgar peraturan.

Kedua, saya tengok notification tu ialah PAGE MENTION. Page mention ni function orang tag page kita kat post page orang lain. Di sini saya nampak banyak sangat nama page yang di tag. Maka sahlah post ni post scam.

Senarai page yang di mention

Berdasarkan kejadian ini, saya boleh simpulkan bahawa:

  • Sasaran scamer ini menyasar orang yang IT Savy atau orang celik IT & page perniagaan
  • Scamer bukan sahaja menyasarkan pemilik page, tetapi admin-admin page yang lain (Editor, owner, analyst etc)
  • Scamer menyediakan link, link itu boleh jadi phising atau form untuk mengisi data admin page, berkemungkinan jika form data disediakan, scamer akan hubungi admin page & menyamar sebagai staff Facebook
  • Scamer menyasarkan page-page perniagaan untuk tujuan jahat contoh sebagai tebusan, mencuri data, atau mencuri page untuk menggunakan jumlah audience page yang besar. Boleh jadi juga scammer cuba dapatkan kawalan Facebook Business
  • Besar kemungkinan scamer adalah warga tempatan kerana boleh mengenalpasti nama page perniagaan dalam bahasa Melayu

ALAMAK! SAYA DAH TERTEKAN DAN MASUKAN MAKLUMAT PERIBADI!

Kalau dah termakan umpan boleh amalkan tips yang saya bagi ni, maklumkan juga pada staff anda untuk:

  • Tukar password fb anda
  • Tukar password email anda
  • Periksa 2 factor authentication anda, pastikan admin/editor page anda on benda ini
  • Semak log in device anda, pastikan tiada device mencurigakan dan tidak dikenali
  • Log out from all device

Sekian, saya harap penulisan saya kali ini dapat membantu anda.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *