Anda serabut tengok jumlah like anda kurang dari 1000? Dah post macam-macam, hari-hari tapi like masih lagi bawah 1000.
Hari ni kita akan berbincang tentang Like. Dalam perbincangan ini, kita akan lihat:
- Beza Like dan Followers
- Fungsi Like dalam Organik Marketing
- Kesan Like Rendah apabila buat iklan guna Facebook Ads
- Perlukah saya naikan Like?
- Kenapa Like susah naik?
1. Like tu apa dan perbezaan Like vs Followers
Like tu apa? Like, dalam ayat yang paling senang ialah ikatan antara audience dan content creator. Dengan menglike sesebuah Page, anda telah mengikat diri anda dengan page yang anda like. Ikatan ini membolehkan anda terima atau dapat baca posting yang dipost oleh Page secara organic reach. Organic reach tu apa pulak? Organic reach bermaksud capaian satu post secara semula jadi tanpa menggunakan kaedah paid reach. Berkenaan Paid Reach vs Organic Reach saya akan bincangkan dalam satu post lain kemudian.
Contoh cara like berfungsi ialah kebanyakan post yang anda lihat dari page-page contohnya Siakap Keli, post page kucing, page Ayahanda Rani Kulup dan sebagainya ialah post organik. Kenapa anda nampak post yang di post? Sebab anda like page itu.
Facebook menggunakan Like sebagai penanda post apa yang patut di tunjuk kepada audience. Ini untuk memastikan post yang keluar di News Feed anda relevant dengan anda. Sebagai contoh, post yang tak relevan ialah post isu semasa dalam Bahasa Cina tetapi anda orang Melayu. Sudah tentu tak relevan post ni sebab anda tak boleh baca bahasa Cina. Jika ditunjukan juga, pasti anda tak syok atau anda scroll pergi je.
Tetapi, jika ditunjuk post Ayahanda Rani Kulup membebel, anda akan baca bebelannya siap share lagi. Kenapa ditunjuk post Ayahanda Rani Kulup kepada anda? Sebab postnya relevan dengan anda iaitu orang Melayu, faham dan cakap Bahasa Melayu tambah pula lagi ambil berat isu semasa dan akan engage dengan post Ayahanda Rani Kulup.
Jadi, apa beza dengan followers pulak?
Beza like dan followers ni tak banyak beza pun. Yang bezanya bila anda like page orang, nama Facebook anda akan terkait dengan page tu, ini membolehkan orang lain lihat apa yang anda like di Facebook profil anda atau anda akan keluar dalam list Top Fan sesebuah page. (Bergantung pada privacy setting)
Jika anda follow page pula, nama Facebook anda tak akan terkait dalam profil dan community page itu. Maksudnya orang lain tak boleh tahu anda like apa, dalam masa yang sama, orang yang follow masih dapat tengok post anda macam biasa.
Katakanlah anda Like Page gambar koleksi gambar perempuan, kalau isteri bukak about anda, bersiap-sedialah untuk kantoi. Tapi kalau anda follow je, tak lah kantoi.


2. Fungsi Like dalam Organic Marketing
Like sangat-sangat-sangat membantu dalam buat Organic Marketing. Bila anda post iklan di page anda dengan kaedah Organik Marketing (Organik Marketing juga sama dengan Free Marketing tapi saya tak suka perkataan free tu), orang yang pertama sekali lihat ialah orang yang like page anda.
Kalau like anda banyak, banyak lah orang nampak. Masalah paling besar dengan Organik Marketing di page ialah, orang sebenarnya tak berminat pun nak tahu tentang iklan. Kalau orang tak minat, orang tak akan like punya page anda kecuali page tu page kawan. Kecuali kalau produk/service anda memang betul2 power. Itu lain cerita.
3. Kesan Like rendah apabila buat iklan guna Facebook Ads
Kalau like rendah, buat iklan guna Fb Ads mesti result teruk kan?
Tak juga, ini lah yang ramai orang salah faham. Like tak bermaksud sale. Banyak Like bukan penentu anda akan dapat sales. Tapi, banyak like akan retain prospek ataupun pelanggan sedia ada, anda juga dapat berhubung dengan anda secara terus untuk masa yang lama.
Bila anda buat iklan Facebook Ads. Anda tak perlu bergantung kepada organik reach. Anda akan guna Paid Reach. Bila anda guna Paid Reach, iklan anda akan di paksa masuk news feed customer segment anda. Berbeza dengan organik reach. Hanya orang yang like page anda je yang nampak iklan. Tapi kalau anda guna Paid Reach, orang yang tak like page anda sudah tentu dan pasti akan nampak iklan anda.
Kebanyakan client saya, page mereka selalunya tak sampai 10,000 like pun. Page Adspro Solution sendiri pun hanya ada 832 like. Tapi, masih boleh buat sales macam biasa sebab guna Facebook Ads.
Hakikatnya, Like ≠ Sales, jadi tak perlu pun anda susah-susah naik kan like untuk buat sales semata-mata.

4. Perlukah saya naikan Like?
Pada pendapat saya, Ya, dan tidak. Jika business anda baru sahaja mula, anda boleh je jana sales macam biasa dengan menggunakan Facebook Ads. Jika business anda dah ada sales yang stable, baru lah anda patut melaburkan duit anda pada like marketing menggunakan Facebook Ads.
“Tak ada cara naikan like dengan free ke?” Tak ada, tak ada benda dalam dunia ni yang free terutama sekali dalam bidang Facebook Marketing. Jika anda buat free marketing, hasilnya pun free juga. Saya berpendapat, buat free marketing ni lebih mahal dari buat paid marketing. Sebabnya, free marketing anda bayar dengan emas, iaitu masa anda. Jika anda buat Paid Marketing, anda tak perlu habiskan masa sebanyak anda buat Free marketing.
Sebab itulah saya tak gemar dengan istilah Free Marketing. Saya lebih suka istilah Organik Marketing sebab tiada benda yang free dalam Free Marketing sebab anda bayar dengan kudrat dan masa anda post iklan anda di segala platform sosial media.
5. Kenapa Like susah gila nak naik?
Memang like page susah naik, terutama sekali like page perniagaan. Secara hakikatnya, tak ada sesiapa pun yang suka iklan. Jadi, kalau nak like page yang hanya ada iklan produk/service je. Agak sukar orang nak like sebab kalau orang like pun orang tak dapat apa pun. Dapat iklan je.
Ramai orang dan saya sendiri pernah berangapan, orang akan like page perniagaan kita sebab orang nak update dan nak tahu tentang perniagaan kita. Anggapan ini betul kalau produk/service itu sendiri boleh tarik pelanggan. Contohnya page perniagaan memanah saya. Orang memang cari service memanah tambah pula tiada siapa yang buat service yang sama di mukim dan daerah saya.
Maka, ramai lah orang like tanpa saya perlu teruk-teruk. Tiap-tiap minggu ada orang call saya tanpa buat posting lebih setahun atau buat apa-apa sebab memang orang yang cari sendiri. Sayang je saya terpaksa tutup page tu sebab saya tak offer service tu buat sementara waktu kerana sambung belajar.
Tetapi, kalau service/produk anda biasa sahaja atau banyak pesaing, anda yang kena cari orang, orang tak akan cari sebab orang tak kisah pun. Tambah lagi dengan adanya lambakan pesaing yang boleh buat marketing yang lagi bagus. Memang susah like nak naik. Itulah hakikatnya dalam aspek mengumpul audiense untuk page perniagaan kita.
Cadangan saya, jika anda ada bajet lebih, boleh buat iklan di Facebook Ads dengan bajet RM5.00 sehari. Walaubagaimanapun, like itu tidak akan menghasilkan sales. Tapi, akan membuatkan iklan yang anda post lebih ramai yang tengok secara organik, dapat retain prospek yang berminat dengan produk/service kita dan dapat retain customer sedia ada yang membolehkan kita mudah berkomunikasi dengan mereka.
Akhir sekali, jika anda ada banyak like pun, belum tentu orang akan ramai tengok sebab algorithm. Ingat balik post saya yang sebelum ni tentang Algorithm. Facebook tak akan tunjuk post anda yang orang tak kisah. Tetapi, Facebook hanya tunjuk post anda yang orang kisah sahaja. Sebagai contoh, sebuah page yang saya handle ni, ada 1700 Like. Bila buat posting, hanya 80 orang sahaja yang nampak.

Kenapa? sebab posting itu tak special dan tak perlu dikisahkan pun. Facebook sendiri tau orang kisah ke tak kat posting kita tu. Kalau Facebook rasa orang tak akan kisah, maka Facebook tak akan tunjuk pada ramai orang walaupun likers anda sendiri. Ini kerana, Facebook hanya tunjuk post yang relevan dan orang kisah sahaja di Newsfeed Facebook.
Sekian.