Cara Buat Link Wasap.my Dalam 10 Saat & Cara Eksploitasinya: Asas FB Marketing #8

Hai semua, hari ni saya nak ajar anda cara untuk buat Link Wasap.my.

Fungsi link Wasap.my ni wajib dan mandatori semua peniaga tahun 2021 tahu. Kalau tak tahu, boleh kata, orang agak sukar untuk mesej Wasap kita untuk menjual beli.

Contoh kegunaan link wasap.my dalam iklan, orang senang nak order, tekan je link tu terus boleh mesej

Cara buat link Wasap.my sangat mudah. Mula-mula, tulis: Wasap.my

Lepas tu, masukan nombor phone anda bermula dengan nombor kod negara Malaysia. Contoh: wasap.my/6016123456/

Link wasap.my anda sudah siap, tapi anda juga boleh tambah perkataan yang anda mahu, perkataan ini selalunya pendek sahaja dan tidak boleh ada space, bila leads masuk, perkataan itu akan keluar terus di chat.

Contoh:

wasap.my/6016123456/Adsprosolution

Tulis nombor yang anda nak hubungi melalui Whatsapp
Lepas anda tekan link wasap tadi, terus boleh chat dengan orang serta merta tanpa save nombor

Cara eksploitasi link wasap.my

Tahukah anda, link wasap.my boleh dieksploitasi untuk memudahkan urusan WhatsApp usahawan? Berikut adalah beberapa cara untuk manfaatkan link wasap.my

i. Tak perlu save nombor sebelum Whatsapp

Memang susah untuk save nombor Whatsapp orang, lepas tu, bila dah save, nombor Whatsapp yang tak penting akan menyemak kan contact anda. Jadi, anda boleh terus tulis link wasap.my di mana2 dan terus tekan link itu. Anda kini boleh mulakan chat tanpa save nombor

ii. Tulis no wasap.my di iklan anda

Jika anda tulis iklan dan letak nombor wasap anda macam biasa, pelanggan yang nak wasap anda perlu menulis nombor anda di dailer dan save nombor anda. Ini akan meneyebabkan orang malas nak wasap anda. Jadi, gantikan no biasa kepada link wasap.my di iklan anda untuk memudahkan prospek mesej anda hanya dengan satu klik.

iii. Pindahkan leads di inbox ke Whatsapp anda

Jika ada leads masuk di inbox anda, anda boleh minta pospek wasap anda serta merta dengan tekan link wasap.my. Jadi, prospek anda tak perlu lagi save nombor anda semata-mata nak Whatsapp anda.

Cara saya transfer leads dari messenger ke wasap

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *