Baru cuba Facebook Ads? Tips ini untuk anda

Kepada yang baru cuba fbads.. Result utk setiap jenis produk/bisnes akan berbeza.

Biasanya disebabkan faktor luaran.. Contoh

1. Kehendak pasaran itu sendiri.. Dan kehendak pasaran ini berbeza mengikut lokasi bisnes.. Lain lokasi, lain kehendak atau keperluan masyarakat.

2. Faktor trend.. Contoh kat Taiping tahun lepas viral big coffee RM5. Tak lama lepas tu senyap.. Bila trend dah hilang, automatik kos iklan akan jadi mahal sebab orang nampak iklan kita tapi tak respon.

3. Tahap awareness produk yg kita jual.. Kalau jual produk yang dah dikenali mcm dexandra, insyaAllah lebih senang utk buat iklan yang dapat respon.

Tapi kalau buat perfume jenama sendiri sebab bajet best ada title founder.. belum tentu akan dpt respon yg sama ye walaupun style gambar dan setting tak berubah.

Sebab tu ramai wannabe founder stok berlonggok bawah katil  Produk ada, tapi bajet untuk awareness rm3k pun takde. Memang payah la nak wujudkan demand.
.
.
Ada lagi.. Tapi 3 ni pun dah cukup untuk kita analisis iklan yang kita buat.

Kalau dah usaha macam-macam masih tak dapat hasil pulangan yang ok melalui fbads, boleh jadi fbads bukan medium pemasaran yang sesuai untuk bisnes anda. Tu je.. ?

Banyak lagi medium pemasaran lain kut.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *