Cara Elak Akaun Facebook Kena Flag: Asas Facebook Marketing 5#

AWAS! JANGAN MULAKAN AKTIVITI FACEBOOK ADS SEBELUM ANDA BACA POST INI

Ramai orang dah terkena. Baru je nak belajar Facebook Ads. Bila run 2-3 iklan pertama. Duit top up tak sempat habis, akaun terus kena ban. Terus tak boleh pakai.

Kalau top up RM50 tak pe lah. Ni dah Top Up RM200, baru guna RM50. Duit yang selebihnya burn tak boleh guna. Saya sendiri dah kena.

Saya tak tau yang akaun saya kena flag. Saya try top up lagi RM20. Sampai sekarang tak boleh guna. Nasib baiklah saya cuba RM20 dulu.

Akaun kena flag ni, mmg adat asam garam mesti kena untuk orang baru belajar Facebook Ads. Kalau tak kena flag, tak kan maju. Sebab, tak belajar pasal pantang larang Facebook Ads.

Jadi, apakah penyebab akaun anda kena Flag?

Maksud akaun kena Flag ialah akaun anda dikenakan sekatan atau ban yang menyebabkan akaun anda tidak boleh spend iklan. Masalah ini akan berlaku jika anda melanggar mana-mana polisi Facebook Ads atau mana-mana komponen polisi community standard.

Berikut adalah Pantang Larang Facebook Ads yg kalau anda langgar, akaun ads anda akan di flag:

  • Iklan berunsur seks seperti ubat kuat, kondom berduri, peralatan-peralatan berkaitan seks dan apa jua iklan berkaitan dengan seks
  • Iklan post politik
  • Iklan post berkaitan perkauman, keganasan, gambar jelik (cnth: gambar orang mati), berita palsu
  • Iklan post yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang Malaysia
  • Iklan tipu orang
  • Iklan skim cepat kaya dan MLM

Jika anda boleh mengelak dari menulis iklan yang menyentuh isu-isu seperti di atas, insyallah, kebanyakan masa, iklan anda tak akan ada masalah.

Tapi, ada juga beberapa keadaan yang akan menyebabkan iklan anda kena flag walaupun iklan anda tak ada kaitan langsung dengan mana-mana isu di atas.

Contoh yang paling baru jadi ialah iklan Laksa Malam yang dibuat oleh saya. Iklan ini di flag oleh Facebook kerana robot Facebook ingat saya tulis iklan berkaitan dengan seks. Hanya kerana perkataan “Suami Isteri”

Notifikasi ads kena flag
Petikan ayat sebenar

Berdasarkan ayat iklan di atas, robot Facebook telah flag iklan saya kerana dia nampak perkataan “Sepasang Suami Isteri”. Walaupun perkataan itu tak ada maksud seks, robot Facebook anggap ianya iklan seks kerana perkataan itu selalu digunakan dalam iklan ubat kuat.

Bila jadi begini, anda perlu buat rayuan kepada Facebook dan terangkan kenapa ads anda di flag secara salah. Rayuan akan dibaca oleh staff manusia Facebook. Jika betul iklan anda suci, iklan akan berjalan seperti biasa.

Di sini kita boleh lihat robot Facebook tidak mampu memahami maksud iklan secara mendalam dan hanya akan scan perkataan-perkataan sahaja.

Bagi kata-kata kunci iklan perkauman pula, jika anda tulis iklan. Elak lah menggunakan perkataan “bumiputera only” “Chinese speaker only” “Not for Muslim” atau “Muslim only”. Walaupun iklan anda tak ada kaitan dengan perkauman pun. Robot Facebook dan polisi iklan Facebook mengharamkan sebarang iklan yang bersifat racial profiling

Saya harap, artikel ini dapat membantu anda bersedia untuk kena flag. Janganlah berputus asa kalau akaun kena flag. Kalau perniagaan kita itu betul-betul bebas unsur yang dilarang, pasti tak ada masalah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top