Cara Sambungkan/Integrate WhatsApp Business dengan Page Facebook: Asas FB Marketing #6

Hai, hari ni saya nak kongsikan cara untuk sambungkan WhatsApp Business dengan Page Facebook.

Kenapa kita kena sambungkan WhatsApp Business dengan Page Facebook?

Sebabnya, supaya orang yang anda upah untuk jalankan Facebook Ads untuk anda atau anda boleh menggunakan objektif trafik WhatsApp.

Dengan menggunakan objektif trafik WhatsApp, anda boleh meningkatkan ke efisyenan iklan anda. Sebelum ini, jika anda tidak menggunakan objektif trafik Whatsapp, anda akan menggunakan objektif Conversion, itu pun kalau ada form.

Bagi mereka yang tidak pakai form, akan pakai objektif Link Click atau Landing Page View. Masalah dengan objektif ini ialah dalam dunia ni, ada 2 jenis orang.

Orang yang memang betul-betul nak Whatsapp dengan orang yang saja-saja tekan link WhatsApp, tapi tak mesej.

Facebook Ads dah buat kerjanya dengan baik. Iaitu mencari orang yang suka klik link Whatsapp. Tapi result objektif link klik selalu tinggi, tapi yang betul-betul Whatsapp sikit. Contohnya 325 link klik tapi yang Whatsapp hanya 40 orang.

Jadi, macam mana nak sambungkan WhatsApp Business anda dengan Page Facebook? Sebelum anda mula, pastikan anda ialah ADMIN page anda, bukan editor atau jenis admin lain. Kalau anda nak tahu siapa admin page dan cara nak jadikan orang lain admin, anda boleh baca artikel saya sebelum ni berkenaan admin page di link berikut: https://adspro.my/cara-tambah-akaun-admin-page-facebook/

1. Bukak Page anda

2. Skrol kolum paling kiri sampai bawah sekali

3. Bukak paparan setting seperti dalam gambar

4. Scroll paparan setting sehingga bawah sekali dan klik WhatsApp

5. Masukan no phone anda, lepas tu tekan send code

6. WhatsApp business anda patutnya akan terima mesej seperti dalam gambar di bawah

7. Masukan no code tadi dan siap

8. Siap, anda boleh semak semula sama ada anda masukan nombor anda tu betul atau salah. Caranya, pergi ke setting > WhatsApp dan anda akan nampak gambar dengan no phone anda, jika nak ubah, boleh ubah atau buang bila-bila masa.

Anda mungkin tidak boleh add nombor Whatsapp anda menggunakan kaedah ini. Bagi kes saya, semasa saya nak masukan code, ada eror mesej keluar yang bertulis “You have reach your limit to add WhatsApp Number”

Jika berlaku begini, anda boleh guna kaedah yang kedua iaitu

  • Buka business manager anda
  • Buka akaun ads anda
  • Tekan create new dan create iklan trafik baru
  • Pilih Choose where you want to drive traffic ke WhatsApp
  • Pergi ke Adset anda dan tekan Connect WhatsApp account
  • Masukan nombor WhatsApp anda
  • Masukan kod yang dihantar kepada anda
  • Siap
  • Cara nak tahu anda dah pasang betul-betul ke tidak, anda akan nampak mesej “This Page is connected to a WhatsApp Business account with number 601XXXXXXX. Manage connections in Page settings

Disebabkan page Laksa Malam saya dah ada connect, untuk tunjuk contoh, saya pilih page yang ada nama Boutique di belakang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *