Cara Boost Iklan: Asas Facebook Marketing #4

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera semua

Hari ni, saya nak ajar Cara Boost Iklan page pulak. Sejujurnya, run FB Ads melalui boost ni, agak jarang dibuat oleh kebanyakan orang yang buat service FB Ads.

Sebabnya, boost ni, dia punya setting tak lah selengkap guna akaun business dan run Ads cara biasa. Maksud cara biasa tu, bukak business manager, buat ads baru.

Tapi, ini tidak bermakna anda tak boleh boost post iklan anda. Boleh, tiada masalah, cuma tidaklah dapat setting yang rumit-rumit. Boost post ni sesuai untuk:

  • Mereka yang baru nak cuba guna FB Ads kali pertama
  • Mereka yang tak tahu cara buat akaun business
  • Saja nak cuba-cuba
  • Nak buat ads, tapi mungkin laptop/computer rosak

Jika anda memang baru nak cuba, berminat dan tak kisah labur sedikit duit untuk boost iklan kali pertama. Saya sarankan, cubalah boost iklan anda, boost post adalah langkah pertama untuk belajar FB Ads. Tapi saya tak sarankan boost iklan sampai ribu-ribu ringgit. Cukuplah RM100 ke RM200 untuk test air.

Saya sarankan, anda masuk dulu kelas Boot Camp Fb Ads Adspro dulu sebelum anda cuba habiskan RM 4 angka.

Okay, jomlah kita terus ke cara-cara untuk boost iklan.

a. Berikut adalah cara-cara untuk boost iklan, sila ikut panduan ini ikut turutan. Buka page anda dan cari post yang anda mahu boost. Dalam kes ni, saya gunakan page lama saya dan saya nak boost iklan tahun 2019.

Adakah nak boost iklan kena buat post baru? Tak juga, kalau post lama dah memang perform atau memang dah cantik, tak perlu buat baru, guna je apa yang ada.

Memang biasa saya tengok orang run iklan pada post lama. Paling lama pernah saya tengok. Run iklan June 2020, tapi guna post tahun 2018. Ada juga saya tengok iklan tahun 2018, tapi sentiasa top up duit tiap-tiap bulan. Jadi, iklannya run je dari tahun 2018 sampai sekarang.

Post yang saya nak boost

Lepas tekan boost post, akan keluar satu window kecik. Saya guna laptop tau, bukan smartphone. Cuba tengok gambar kat bawah tu. Pertama sekali kita kena setup objektif iklan. Objektif ni banyak, tapi untuk boost, ada 2 je. Traffic dengan Engagement.

Dalam bahasa boost, Get more people to react tu maksudnya engagement. Connect and chat with potential customer pulak bermakna traffic. Apa beza antara trafik dan engagement? Rujuk jadual ringkas dibawah.

Objective Traffic vs Engagement

Lepas anda dah pilih, nak ambil objective mana, terus ke langkah ke dua iaitu setting audience pulak. Audience tu apa? Audience tu maksudnya orang yang akan nampak iklan. Inilah keistimewaan Digital Marketing sebab kita boleh setting iklan tu siapa yang nampak berdasarkan demografi, psikografi, kebolehan ekonomi, kelakuan dan tingkah laku dalam internet.

Seksyen setting audiense

Dekat boost, ada 3 pilihan. Anda boleh tentukan siapa yang nampak iklan anda dengan 3 faktor. Orang yang mempunyai ciri-ciri spesifik, orang yang like page anda atau orang & kawan-kawan orang tu yang like page anda.

Anda pening? Jangan risau. Sekarang ni, fokus kat 1 je, orang-orang yang mempunyai ciri-ciri spesifik. Sekarang tekan butang edit.

Jangan risau, saya tahu anda rasa serabot sebab banyak sangat simbol, perkataan dan butang-butan. Buat masa ni, isi je maklumat yang saya tunjuk guna anak panah. Abaikan detailed targeting dulu. Akhir sekali pastikan meter audience tu, sentiasa warna hijau. Kalau hijau kira bagus setting tu.

Lepas siap setting audience, kita kena setting budget pulak.

Setting Budget

Untuk permulaan, masukan je berapa hari nak run iklan. Kalau nak seminggu, masukan 7 hari. Lepas tu bajet, ikut saja bajet yang dicadangkan oleh Facebook. Boleh nak setting sendiri, tapi rumit sikit. Sebenarnya, budget yang dicadangkan oleh Facebook tu dah minimum dah. Kalau untuk iklan contoh ni. Bajet 1 hari RM5.00.

Kalau setting sendiri budget tu, memang Facebook akan minta RM5.00 jugak, jadi guna je total budget yang dicadangkan.

Boost tak menjadi

Kalau keluar dialog mcm ni. Besar kemungkinan ada masalah dengan akaun bisnes anda. Ada 3 sebab boost tak menjadi disebabkan akaun bisnes iaitu, Akaun business tak sah. Maksudnya anda tak ada kebenaran admin untuk boost iklan. Kedua sebab akaun anda kena disable dan terakhir sekali, sebab anda salah pilih akaun busniess manager. Kalau tak ada duit, boleh boost, tapi tak jalan dan boost tu akan jadi draf atau incomplete atau inactive.

Petanda boost menjadi

Kalau boost menjadi, sepatutnya akan jadi macam ni. List iklan yang tengah run ni, boleh tengok dekat https://business.facebook.com

Andainya tidak menjadi atau ada sebarang soalan, anda boleh je komen atau tanya apa-apa soalan, nanti saya akan tengok dan bantu anda. Sekian untuk article hari ini.

2 thoughts on “Cara Boost Iklan: Asas Facebook Marketing #4”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *