Tutorial cara buat facebook page

1. Log in Facebook

Pastikan anda sudah log masuk ke akaun Facebook peribadi anda.

\"\"

2. Masuk \’ Page \’

Selepas itu, klik pada ikon \’Menu\’ dengan 9 titik di sebelah kanan dan pilih \’Page\’

\"\"

Selain itu, anda juga boleh memilih \’Page\’ di sidebar sebelah kiri paparan Facebook.

\"\"

4. Klik \’ + Create new Page\’

Kemudian klik pada Create new Page untuk mula.

\"\"

5. Isi maklumat untuk Facebook page

Seterusnya, anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan untuk Facebook Page seperti Nama Bisnes ( Page name ), Kategori Bisnes ( Category ), Alamat, Nombor Telefon dan Email. Maklumat ini sangat penting kerana ini akan menjadi maklumat yang digunakan oleh pengguna facebook untuk mencari atau menghubungi bisnes anda, jadi pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini.

\"\"
\"\"

Pastikan anda memilih nama yang ingin digunakan dengan teliti, hal ini adalah kerana nama untuk facebook page tidak boleh diubah selepas dipilih dan sekiranya boleh diubah sekalipun mungkin akan mengambil masa yang lama untuk diluluskan oleh Facebook. Anda juga perlu memastikan kategori yang dipilih adalah berkaitan atau hampir dengan niche bisnes, hal ini akan mempengaruhi hasil carian pengguna di dalam facebook. Jika pilih kategori yang tidak berkaitan dengan niche bisnes anda, facebook page anda mungkin akan susah dijumpai ketika para pengguna melakukan carian.

6. Muat naik \’profile picture\’ & \’cover photo\’

Memuat naik gambar profile, sebuah Facebook page yang tidak mempunyai gambar profile lazimnya akan dilabel sebagai scammer dan kurang dipercayai oleh para pelanggan di Facebook. Oleh itu, adalah penting untuk letakkan logo bisnes atau gambar produk anda sebagai gambar profile bagi mendapatkan customer trust.

\"\"

Kalau profile dan cover belum ada lagi boleh klik \’Next\’ dulu sebab selepas menghantar maklumat yang diminta, Facebook page akan diwujudkan di dalam Facebook dan akan dibawa ke halaman untuk setup Facebook page yang baru anda daftar tadi. Selepas itu dah ada profile dan cover bolehlah memuat naik dengan klik \’ Edit \’.

\"\"

7. Connect Whatsapp ke halaman anda

Siap isi nombor telefon anda klik \’ Get code \’. Facebook akan bagi code kepada nombor telefon anda dan anda masukkan code tu. Kalau tak nak connect Whatsapp ke halaman anda boleh klik \’ Skip \’ dahulu.  Facebook page anda juga boleh connect Whatsapp anda. Klik \’ Link your Whatsapp account \’ dan masukan nombor telefon anda. ( Pastikan Whatsapp anda guna Whatsapp busines sebab nanti tak ada masalah untuk runkan ADS ).

\"\"
\"\"

7. Setkan Username untuk Facebook page

Setelah selesai memuat naik gambar profile, cover photo dan connect Whatsapp anda perlu setkan username yang sesuai untuk Facebook page anda. Username penting sebagai identiti page anda, username akan menjadi titik perbezaan sekiranya terdapat Facebook page lain yang mempunyai nama yang sama dengan page anda. Username juga dapat memudahkan pengguna untuk tag Facebook page anda sekiranya mereka lupa nama Facebook page anda ( Username juga memudahkan audience membuat carian berdasarkan keyword jadi pastikan nama yang anda gunakan berpadanan dengan busines anda ).

\"\"
\"\"
\"\"
\"\"

Pastikan nama pengguna yang anda pilih mudah dieja dan dibaca. Ini adalah salah satu faktor penting yang membantu pengguna Facebook mencari dan melawat halaman Facebook anda. Jika nama pengguna yang anda pilih tidak tersedia atau sudah digunakan oleh orang lain, anda boleh mencuba nama pengguna lain dan semak sama ada ia tersedia dengan memasukkan nama pengguna baharu. Selain itu, anda boleh merujuk kepada petua Facebook untuk memilih nama pengguna.

8. Lengkapkan \’ Page Info \’

Facebook page anda kini sudah tersedia dan berjaya diwujudkan. Namun begitu, pengguna Facebook yang berkunjung ke page anda akan memerlukan beberapa maklumat tambahan penting yang berkaitan dengan bisnes anda seperti waktu operasi, URL website, nombor telefon untuk dihubungi, dan sebagainya. Anda boleh lengkapkan maklumat-maklumat tersebut pada melalui ‘ About ’.

\"\"
\"\"

Pastikan isi semua maklumat yang diminta selengkap yang mungkin dan tidak membiarkan bahagian Description kosong, hal ini adalah kerana semakin lengkap info yang anda isikan maka Facebook page anda akan semakin dipercayai oleh para pengunjung.

9. Lakukan Post Pertama

Kini anda telah menyelesaikan langkah terakhir mencipta halaman Facebook untuk perniagaan dalam talian anda. Selepas mencipta halaman Facebook anda, tugas terakhir yang perlu anda lakukan ialah mempromosikan halaman tersebut kepada rakan atau pelanggan anda. Tetapi sebelum itu, pastikan halaman Facebook anda sudah mempunyai beberapa kandungan atau siaran. Jika anda belum menerbitkan sebarang kandungan pada halaman anda sebelum mempromosikannya, halaman tersebut akan kelihatan kosong, tiada kandungan dan mungkin dibenderakan sebagai tidak sahih.

Jadi sebelum anda mula mempromosikan halaman anda, pastikan anda menerbitkan 5 hingga 8 siaran terlebih dahulu. Sebagai permulaan, anda boleh mula menyiarkan sesuatu seperti ini:

  • Gambar dengan petua atau kata-kata motivasi
  • Video pratonton produk
  • Imej Produk

Melakukan ini akan membantu memastikan halaman anda kelihatan lebih menarik apabila dipromosikan dan mengelakkan disalah anggap sebagai penipuan.

Lebih baik untuk meningkatkan jumlah posting sebelum mempromosikan halaman. Namun, penting untuk tidak post semuanya pada waktu atau hari yang sama.

\"\"

Klik pada atas kanan Profile anda, klik \’ Meta Business Suite\’ dan akan dibawa ke halaman Meta Business Suite klik \’ Create Post \’

\"\"
\"\"

Selepas selesai mengisi copywriting untuk post, jangan terus klik pada publish. Sebaliknya klik pada button \’ Set date and time \’ kat bawah sekali kerana boleh jadualkan posting mengikut hari dan masa yang anda inginkan melalui fungsi ‘Schedule Post’.

\"\"

Setelah memasukkan hari dan masa yang ingin dijadualkan,  boleh klik pada ‘Schedule’ untuk sahkan penjadualan post.

\"\"
\"\"

Selepas melengkapkan kesemua 9 langkah yang kami kongsikan tentang cara membuat halaman Facebook untuk perniagaan dalam talian anda, anda telah berjaya menyediakan halaman Facebook untuk perniagaan dalam talian anda. Kami berharap perkongsian ini dapat membantu mereka yang baru belajar membuat halaman Facebook perniagaan dalam talian, jangan lupa berkongsi pengetahuan ini untuk mempromosikan pembangunan bersama kami!

Seterusnya, mari kita ringkaskan.

Hanya kerana anda telah mencipta halaman Facebook tidak bermakna tugas itu selesai. Seterusnya, anda perlu mengambil langkah untuk mendorong trafik dan pelawat ke halaman Facebook anda supaya mereka dapat melihat siaran tentang tawaran atau promosi yang telah anda selesaikan. Untuk melakukan ini, anda perlu tahu cara membuat iklan Facebook yang berkesan untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *