Apa itu Algorithm Facebook?: Asas FB Marketing #7

Algorithm tu binatang apa? Kenapa perkataan Algorithm ni selalu disebut-sebut dalam media sosial? Kenapa bila ada khabar angin Algorithm nak berubah ramai peniaga mula resah?

Hari ni kita akan bincangkan tentang Algorithm Facebook secara umum. Dalam artikel kali ini. Kita akan meneliti tentang Algorithm dari sudut makna, teori, penggunaan Algortihm Facebook dalam pemasaran digital dan akhir sekali, perlukah anda belajar Algorithm Facebook?

1. Apa itu algorithm?

Dalam sains komputer, algorithm bermaksud satu set arahan untuk menyelesaikan masalah matematik selangkah demi selangkah (David 2013). Menyelesaikan masalah matematik dengan Algorithm lebih senang khususnya apabila di guna pakai dalam sistem software atau artificial intelegence (AI). Contohnya, programmer boleh set satu arahan kira-kira matematik untuk menyelesaikan masalah mengira yang berulang-ulang atau banyak variable.

2. Kaitan Algorithm dan Facebook

Pernah tak anda terfikir. Kenapa iklan anda tak viral, orang lain buat iklan viral? Kenapa ada setengah isu viral tapi setengah isu viral?

Di sinilah Algortihm media sosial mainkan peranan. Algorithm media sosial ni, berfungsi dengan memaparkan post-post yang paling relevan pada anda. Sebab tu lah, bila anda bukak Facebook hanya post/iklan yang relevan pada masa kini sahaja yang keluar di feed anda.

Sebagai contoh,anda tak pernah nampak iklan atau post bahasa yang ditulis dalam Mandrin, Tamil dan Urdu kalau anda orang Melayu. Tetapi, penutur bahasa Tamil dan Urdu yang faham bahasa Melayu akan nampak post/iklan bahasa Tamil, Urdu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tetapi tidak bahasa Cina.

Cara Algortihm berfungsi, algorithm akan menggunakan infomasi peribadi kita yang kita masukan dalam sosial media untuk menyasar posting dan iklan yang relevan sahaja pada anda. Jika anda orang Melayu yang tak faham bahasa Mandrin di tunjukan iklan bahasa Mandrin. Sudah tentu sekali anda tak boleh baca dan tak akan berinteraksi dengan iklan tu. Sebab anda tak faham. Bila ini berlaku, iklan yang ditunjukan pada anda itu adalah sia-sia.

Sama juga dengan post-post dan iklan yang viral. Macam mana Facebook tau iklan/post mana yang patut viral dan tak patut viral?

Facebook boleh tahu iklan/post apa yang viral ke tak dengan menggunakan data Like, Komen, Share dan Engagement lain. Jadi, mungkin algorithm Facebook tetapkan arahan macam ni.

Contoh situasi post 1: Seorang kanak-kanak hilang ditemuai meninggal dunia kerana lemas di sebatang sungai di daerah Hulu Langat.

“Kemungkinan arahan Algortihm: Jika satu post itu banyak share, like dan komen, tunjukan post itu kepada lebih banyak orang”

Data dari engagement post kanak-kanak meninggal: 1000 komen, 300 Share 2000 Engagement dan kebanyakan orang dari Hulu Langat berinteraksi dengan post itu.

Jadi: “Paparkan post kanak-kanak hilang tadi di Hulu Langat kerana orang yang tinggal di daerah itu lebih cenderung untuk berinteraksi dengan post kanak-kanak hilang tadi kerana banyak data engagement dari orang Hulu Langat.

Post tentang kanak-kanak hilang itu viral di daerah Hulu Langat kerana orang Hulu Langgat menunggu update tentang isu itu, jadi ramailah orang yang tinggal di Hulu Langat nampak post itu. Tapi, orang di Taiping, Perak tidak pula nampak post tu. Sebab Taiping tak ada kaitan dan jauh dari daerah Hulu Langat. Jadi tak relevan lah berita itu pada orang Taiping (Sebagai Contoh).

Konklusinya, Facebook boleh tahu, Post/Iklan apa yang patut di viralkan. Ini bermaksud, jika post/iklan itu bagus, ia akan diviralkan oleh Facebook. Tapi jika post/iklan anda sendu dan tak ada potensi untuk viral atau orang sebenarnya tak kisah pun pasal iklan anda. Facebook tidak akan viralkan iklan/post itu sebab kalau bagi ramai-ramai orang tengok pun tak munasabah sebab post/iklan tu tak relevan.

Contoh Algorithm bekerja: Pada bulan December, kecoh di media sosial tentang pengayuh basikal yang buat perangai, jadi, admin TZ telah ambil video lama dan post balik ketika isu itu sedang terbakar hangat sensasi. Disebabkan video itu relevan dengan keadaan semasa, maka, ramailah orang komen dan share. Ini menunjukan post itu layak diviralkan jadi algorithm Facebook tunjuk post itu kepada lebih ramai orang.

3. Perlukah saya belajar Algorithm Facebook?

Pada pendapat saya, anda tak perlu belajar teruk-teruk tentang Algorithm Facebook. Sebab, bila anda belajar Facebook Ads dengan mana-mana sifu atau kursus-kursus Facebook Ads. Anda akan diajar mengenai Algorithm Facebook secara automatik.

Sebagai contoh, sifu akan cakap “Kalau buat ayat Copywriting, elakan guna ayat tanya kerana Facebook tak suka” atau “Kalau buat ayat copywriting, elakan menggunakan frasa-frasa atau ayat serupa dan selalu digunakan dalam iklan produk seks contohnya, lembik, tak puas, suami isteri, batang dan sebagainya sebab nanti Facebook tak luluskan iklan”.

Dua ayat di atas menunjukan cara algorithm Facebook berfungsi, iaitu, robot Facebook atau Ai Facebook atau algorithm Facebook boleh mengesan frasa-frasa yang selalu digunakan dalam iklan ubat kuat. Facebook memang pantang dengan iklan-iklan yang merujuk kepada seksual dan ubat kuat. Jadi secara automatik nanti Algorithm Facebook akan kesan dan take down iklan ni. Beginilah caranya anda belajar Algorithm Facebook.

4. Perlukah saya ambil kisah tentang Algorithm?

Pada pendapat saya, Ya dan Tidak.

Jika anda menjalankan perniagaan yang bukan menyediakan perkhidmatan periklanan, saya rasa anda tidak perlu risau sangat tentang Algorithm Facebook. Kerana, algorithm Facebook jarang bertukar. Kalau bertukar pun, ianya penambah baik sistem Facebook Ads atau Facebook perlu beradaptasi dengan perubahan semasa. Jadi, anda perlu ambil kisah tentang Algorithm Facebook jika ada perubahan besar sahaja.

Dapatkan informasi tentang perubahan Algorithm Facebook dari sumber paling boleh percaya seperti kenyataan media dari Facebook sendiri atau dari pakar-pakar Facebook Ads di Malaysia sahaja. Kalau dengar dari orang lain. Boleh dengar, boleh bersedia untuk perubahan tapi jangan takut sebab tak ada sapa boleh bagitau secara tepat setting Algorithm Facebook tu macam mana.

Selain dari pihak Facebook. Kita hanya boleh agak-agak dengan kaedah uji-menguji dan berharap pada pengalaman orang yang buat Ads hari-hari.

5. Konklusi

Algorithm Facebook, atau AI dan robot Facebook sangat penting dalam dunia Facebook Marketing. Umpama enjin kereta, Algorithm Facebook boleh disamakan sebagai enjin yang mengerakan Facebook. Ianya satu komponen yang penting, tapi kita tak perlu belajar setiap komponen kereta untuk menjalankan kereta. Cukup dengan tahu cara menyelengara dan memandu kereta. Sama lah dengan Facebook, anda tak perlu pening belajar Algorithm Facebook teruk-teruk, kecuali anda mekanik kereta.

Selebihnya, serahkan saja pada mekanik atau foreman kereta.

Bacaan Lanjut:

TED-Ed. (2013, May 20). What’s an algorithm? – David J. Malan [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=6hfOvs8pY1k

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *